Hasil Penulisan Muslihuddin Mushrif ibn Abdullah

Penulisan beliau yang terkenal ialah Bostan (Kebun) yang bertarikh 1257, dan juga Gulistan (Taman mawar merah) pada tahun 1258. Kitab Bostan ini adalah kumpulan puisi-puisi dan juga cerita-cerita yang mengisahkan sifat-sifat yang harus ada pada setiap muslim iaitu adil, rendah diri, murah hati dan tidak tamak. Karya Golestan pula didalam bentuk prosa dan mengandungi cerita dan persitiwa-persitiwa perorangan. Karya ini diselitkan dengan puisi-puisi pendek yang mengandungi aforisme, nasihat dan juga jenaka. Saadi juga turut menggambarkan sifat manusia yang tidak munasabah.